Pakej Madu Kelulut dan Serbuk Habbataussauda' ini hanya RM30 (bayaran pos percuma). Hubungi kami dengan tel/whatsapp ke 013-9760485 (Kak Dah)
Madu kelulut asli kami segar dari ladang. Asli dan berkhasiat. Khasiat madu ajaib ini boleh diperolehi dalam pelbagai gerbang informasi. Pelbagai buku dan website membincangkan kelebihannya dalam membawa kehidupan sihat dan bahagia.
Madu Levicep memang istimewa. Rasanya menghampiri madu lebah. Khasiatnya berganda-ganda. Sumber nektarnya dari pelbagai jenis bunga. Badan kecil pencari madunya memungkinkan penerokaannya ke serata spesis bunga. Sekecil mana pun bunga dan sepanjang mana pun straw setanggi mampu digapainya.
Kelulut perlukan bunga yang wangi dan memiliki madu yang serasi. Rumah bunga ini disesuaikan khusus untuk kegunaan musim hujan. Di keliling taman kelulut kami perbanyakkan bunga-bungaan sambil membina keindahan. Taman kelulut yang dikelilingi alam flora seperti hutan atau kebun buah-buahan memberi kelebihan kepada spesis yang senang dipelihara ini.
Kelulut yang asalnya hidup dalam lubang-lubang kayu di pohon yang masih hidup atau kayu mati kini diurus untuk ditempatkan dalam kediaman yang kemas cantik dan menarik Bunga adalah sumber hidupan dan khidmat kelulut untuk manusia. Dari bunga ini mereka membina sarang (propolis), makanan (bee bread) dan madu (untuk mereka dan kesihatan manusia). Terdapat banyak kaedah memindahkah kelulut dari sarang asal ke dalam habibat buatan bagi membolehkan madu diambil berterusan tanpa merosakkan kemuniti kelulut. Ini adalah kaedah migrasi yang dijalankan Mawaddah Kelulut Garden. Bagi mengekalkan persekitaran asli sebagaimana dari mana habitatnya wujud, meletakkan kelulut di bawah binaan tradisi adalah pilihan yang sesuai. Kelulut satu kejadian ajaib bekerja keras sebagai satu pasukan yang amat sistematik dan berdisiplin Sarang kelulut perlu disusun berselang seli pintu keluarnya. Ini bagi mengelakkan berlaku pertembungan yang mungkin berlaku "peperangan" a
Comments
Post a Comment