Posts

Showing posts from November, 2014

Mawaddah Kelulut Garden kini menawarkan khidmat menyediakan sarang kelulut terus ke rumah anda

Image
Memelihara kelulut di laman bunga sekitar rumah Sertai kami memelihara dan nikmati madu kelulut di persekitaran rumah anda sendiri. Mawaddah Kelulut Garden kini menawarkan khidmat menyediakan sarang kelulut terus ke rumah anda. Laman rumah anda yang telah sedia dengan pelbagai pokok bunga-bungaan amat sesuai untuk kehidupan kelulut Anda memiliki taman cantik dan buanga-bungaan menarik. Mengapa tidak beri peluang kelulut menikmati madu dari taman sambil menyediakan penawar untuk yang memerlukan di kalangan keluarga. Kota-kotak kelulut yang disiapkan khusus untuk kelihatan cantik dan sesuai seperti hidupnya di habitat asal koloni makhluk ini. Kelulut yang telah disiapkan dari batang pokok asal ini amat sesuai menghiasi taman anda sambil memproses madu untuk kesihatan anda sekeluarga. Kotak-kotak kelulut ini langsung tidak mengganggu kehidupan anda. Cuma anda elakkan dari kehadiran asap dan racun serangga demi kesejahteraan kelulut dan keluarga anda juga.

KHASIAT PERUBATAN MADU LEBAH TERUTAMA KELULUT

Image
Firman Allah swt dalam surah An Nahlu ayat 68-69: وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ طُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ Bermaksud: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.  Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi