KHASIAT PERUBATAN MADU LEBAH TERUTAMA KELULUT

Firman Allah swt dalam surah An Nahlu ayat 68-69:

وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ طُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

Bermaksud:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. 
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Prof Siti Amrah Sulaiman dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian mengatakan di antara khasiat perubatan yang terdapat dalam madu terutama kelulut ialah:

  • Antibakteria
  • Antikulat
  • Antikolesterol
  • Antivirus
  • Anti-oksidan
  • Anti-inflamatori
  • Antikanser
  • Analgesik
  • Antidemam
  • Antiseptik
  • Antidiabetik
  • Anti penuaan
  • Aphrodisiak
  • Meningkat imuniti
  • Meningkatkan kesuburan
  • Merawat luka
  • Sebagai pengawit

Madu kelulut asli

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia mujarab madu kelulut Levicep

Taman Kelulut terus diperlengkap dengan bunga baru

Madu kelulut anugerah Allah untuk disyukuri